Selamat datang ke Klinik Pergigian Safi Dental. Jom book slot temujanji!
Pergigian periodontik berfokus pada pencegahan, diagnosis, dan rawatan penyakit gusi. Rawatan ini penting untuk memastikan kesihatan gusi yang baik kerana penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kesihatan sistemik, kehilangan gigi, dan kerosakan tulang rahang. Doktor menggunakan teknik canggih seperti terapi laser, scaling dan root debridement, serta prosedur regeneratif untuk mengenal pasti dan merawat penyakit gusi. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan mulut dan penampilan, tetapi juga membuat anda berasa lebih baik tentang senyuman anda.
Apakah itu scaling dan mengapa ia penting?
Scaling adalah prosedur mengeluarkan karang gigi, plak, dan sisa makanan dari gigi dan gusi. Ia penting kerana karang gigi yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit gusi, kerosakan gigi, dan masalah kesihatan mulut yang lebih serius.
Adakah scaling menyakitkan?
Kebanyakan pesakit tidak mengalami kesakitan semasa pengikisan gigi, tetapi mungkin ada sedikit ketidakselesaan atau sensitiviti, terutama jika terdapat banyak tartar yang perlu dikeluarkan. Doktor gigi atau pakar kebersihan gigi akan menggunakan alat yang sesuai dan boleh memberikan bius setempat jika diperlukan untuk memastikan keselesaan pesakit semasa prosedur.
Adakah scaling perlu dilakukan walaupun saya menggosok gigi dengan baik?
Ya, walaupun anda menggosok gigi dengan baik, scaling gigi tetap diperlukan kerana terdapat bahagian yang sukar dicapai semasa menggosok. Karang gigi dan plak boleh terbentuk di tempat-tempat yang tidak dapat dibersihkan hanya dengan menyikat. Oleh itu, pengikisan gigi secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk membantu memastikan kesihatan mulut yang optimum.
Apakah rawatan gusi dan bila saya perlu menjalani rawatan ini?
Rawatan gusi merujuk kepada prosedur pergigian yang bertujuan untuk merawat penyakit gusi, termasuk gingivitis dan periodontitis. Anda perlu menjalani rawatan ini jika anda mengalami tanda-tanda seperti gusi berdarah, bengkak, atau kemerahan, serta jika terdapat bau mulut yang tidak menyenangkan. Rawatan mungkin termasuk pembersihan gusi, scaling, dan prosedur pembedahan jika perlu. Penjagaan yang tepat dan rawatan awal penting untuk mencegah kerosakan yang lebih serius kepada gusi dan tulang di sekeliling gigi.