Selamat datang ke Klinik Pergigian Safi Dental. Jom book slot temujanji!
Adakah pemeriksaan gigi menyakitkan?
Pemeriksaan gigi secara amnya tidak menyakitkan. Jika diperlukan, rawatan seperti pembersihan karang gigi mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan, tetapi ia cepat berakhir.
Mengapa perlu melakukan pemeriksaan gigi tahunan?
Pemeriksaan tahunan membantu mengesan awal masalah gigi seperti caries dan penyakit gusi, serta mencegah masalah yang lebih serius daripada berlaku.
Apa yang berlaku semasa pemeriksaan gigi?
Doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi, gusi, dan mulut anda serta membersihkan plak dan karang gigi yang tidak boleh dibersihkan dengan rutin penjagaan harian.
Apa yang akan berlaku jika saya tidak menjalani pemeriksaan gigi tahunan?
Masalah gigi yang tidak dikesan awal boleh menjadi lebih serius, memerlukan rawatan lebih rumit dan mahal seperti tampalan, rawatan akar, atau cabutan gigi.
Adakah pemeriksaan gigi tahunan boleh mencegah kanser mulut?
Ya, doktor gigi akan memeriksa tanda-tanda awal kanser mulut semasa pemeriksaan. Pengesanan awal meningkatkan peluang rawatan yang berjaya.
Jom datang ke Klinik untuk saringan pemeriksaan gigi!