Selamat datang ke Klinik Pergigian Safi Dental. Jom book slot temujanji!
Study Club Safi Dental ditubuhkan khas untuk Doktor Gigi sekitar Kelantan sebagai ruang santai untuk berkongsi ilmu, berbincang kes klinikal sebenar dan bertukar pengalaman sesama rakan seprofesion. Objektif penubuhan study club ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran berterusan, meningkatkan keyakinan dan kemahiran klinikal, serta membina jaringan sokongan profesional dalam kalangan dentist tempatan melalui sesi perkongsian yang bermanfaat dan tidak formal.
Siri 1: Vital Pulp Therapy
Sesi perkongsian bersama Dr Zafeq yang membincangkan pengurusan Vital Pulp Therapy merangkumi konsep asas, indikasi dan kontraindikasi, pemilihan kes yang sesuai, serta tips klinikal berdasarkan pengalaman sebenar dalam amalan harian.
11hb Disember 2025