Selamat datang ke Klinik Pergigian Safi Dental. Jom book slot temujanji!
Pembedahan Oral adalah cabang bidang pergigian yang fokus kepada pembedahan untuk mencapai diagnosis dan menyediakan pelbagai rawatan berkaitan mulut, rahang, dan muka. Prosedur ini dilakukan oleh pakar bedah atau doktor pergigian terlatih, dengan tujuan untuk:
Memperbaiki fungsi mulut.
Mengurangkan kesakitan.
Meningkatkan penampilan dan kualiti hidup pesakit.
Memulihkan fungsi mengunyah.
Meningkatkan penampilan dan keyakinan diri
Mencegah pergerakan gigi lain.
Menjaga kesihatan rahang dan struktur wajah.
Mengurangkan risiko masalah pergigian lain.
Gigi Palsu (Dentures)
Jambatan gigi
Implan gigi
Pembedahan Gigi Bongsu:
Prosedur untuk mengeluarkan gigi bongsu yang terjejas atau tidak cukup ruang untuk tumbuh dengan betul, yang boleh menyebabkan kesakitan atau komplikasi.
Alveolaplasty:
Pembedahan untuk membentuk dan meratakan tulang alveolar (tulang yang menyokong gigi) selepas cabutan gigi. Prosedur ini membantu memastikan permukaan tulang yang halus dan sesuai untuk pengantian gigi palsu atau implan.
Pembedahan Implan Gigi:
Pembedahan untuk menanam sebatian titanium ke dalam rahang sebagai asas untuk gigi palsu, penyelesaian yang lebih kekal untuk mengganti gigi yang hilang.
Pembedahan Tongue Tie (Ankyloglossia):
Pembedahan untuk membetulkan keadaan di mana frenulum (tisu yang menghubungkan lidah ke bahagian bawah mulut) terlalu pendek atau ketat, menghalang pergerakan lidah. Pembedahan ini dapat membantu memudahkan proses penyusuan bayi, pertuturan, dan fungsi mulut yang lain.
Pembedahan biopsy lesi bahagian mulut:
Pembedahan untuk membuang lesi atau ketumbuhan yang tidak normal di dalam mulut, termasuk kista, tumor, atau lesion lain yang boleh menyebabkan masalah.