Selamat datang ke Klinik Pergigian Safi Dental. Jom book slot temujanji!
Pergigian Restoratif memulihkan gigi yang patah, rosak, atau hilang dengan menggunakan implan gigi, tampalan, dan mahkota. Rawatan ini adalah penyelesaian yang minimal invasif yang meningkatkan kesihatan mulut dan penampilan, membolehkan individu makan dan bercakap dengan lebih baik dan yakin. Teknologi moden membolehkan doktor gigi mengubah gigi menjadi senyuman yang sihat dan cantik. Pergigian restoratif adalah penyelesaian kesihatan mulut yang ideal bagi sesiapa yang menginginkan senyuman yang sihat dan penuh keyakinan.
Adakah klinik ini menggunakan tampalan amalgam yang mengandungi merkuri?
Tidak, kami adalah klinik bebas merkuri. Kami menggunakan bahan tampalan berwarna gigi generasi baharu yang kuat dan tahan lama sebagai alternatif kepada amalgam.
Apakah bahan tampalan gigi yang paling sesuai untuk saya?
Pemilihan bahan tampalan bergantung pada lokasi gigi yang perlu dirawat, tahap kerosakan, dan keperluan estetik anda. Composite Resin biasanya digunakan kerana ia berwarna seperti gigi dan kelihatan lebih estetik, manakala Glass Ionomer Cement (GIC) mungkin digunakan sebagai tampalan sementara atau untuk kawasan yang sukar dijangkau.
Apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan bridge (jambatan gigi)?
Kelebihan:
Penyelesaian yang berkesan untuk menggantikan gigi yang hilang.
Memulihkan fungsi kunyah dan estetik senyuman.
Biasanya lebih murah berbanding implan gigi.
Kekurangan:
Memerlukan pengurangan gigi bersebelahan yang sihat untuk menyokong jambatan.
Jambatan mungkin perlu diganti selepas beberapa tahun jika tidak dijaga dengan baik.
Apakah kelebihan menggunakan denture flexible berbanding gigi palsu biasa?
Kelebihan denture flexible termasuk keselesaan yang lebih baik, kebolehan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam mulut, dan penampilan yang lebih estetik kerana ia boleh dibuat dengan warna yang menyerupai gusi asli. Ia juga lebih tahan terhadap keretakan dan pecah berbanding gigi palsu tradisional.
Bolehkah semua orang menggunakan denture flexible?
Tidak semua orang sesuai untuk menggunakan denture flexible. Keputusan untuk menggunakan jenis gigi palsu ini bergantung kepada keadaan mulut dan keperluan individu. Konsultasi dengan doktor gigi diperlukan untuk menentukan pilihan yang terbaik.