Selamat datang ke Klinik Pergigian Safi Dental. Jom book slot temujanji!
Program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan pergigian sejak usia awal. Fokus utama diberikan kepada pendidikan awam mengenai amalan kebersihan oral yang betul, pencegahan penyakit pergigian, serta kepentingan pemeriksaan berkala.
Melalui penyampaian maklumat yang mudah difahami dan berasaskan bukti, program ini berhasrat memperkasa masyarakat agar lebih peka terhadap kesihatan gigi dan mulut sebagai sebahagian daripada kesejahteraan keseluruhan. Selain itu, program ini juga bertujuan membentuk sikap proaktif dalam kalangan ibu bapa dan penjaga terhadap penjagaan pergigian kanak-kanak, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup dan keyakinan diri masyarakat secara berterusan.
21/12/24 - Program pemeriksaan pergigian percuma telah berjaya diadakan di Aeon Kota Bharu, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan mulut. Program ini disertai oleh pengunjung-pegunjung pasaraya, merangkumi pelbagai peringkat umur, dari kanak-kanak hingga dewasa. Peserta menerima pemeriksaan gigi lengkap oleh doktor gigi, termasuk pembersihan gigi dan nasihat mengenai teknik penjagaan mulut yang betul. Selain pemeriksaan, sesi taklimat turut dijalankan untuk mengajar cara memberus gigi yang betul dan penggunaan benang gigi. Kami berharap program ini dapat diteruskan bagi memastikan kesihatan pergigian yang lebih baik di kalangan orang awam dan keluarga.
AEON KOTA BHARU
29/10/2024 - Lawatan ini diadakan untuk memperkenalkan anak-anak di taska kepada suasana klinik gigi, dengan tujuan menggalakkan mereka menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi secara berkala pada masa hadapan. Aktiviti ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan gigi melalui pembelajaran praktikal dan interaktif di klinik, serta membina keyakinan mereka agar lebih positif dan kurang takut untuk menghadapi pemeriksaan pergigian. Selain itu, anak-anak turut didedahkan kepada tips penjagaan gigi yang betul sejak awal, demi mengelakkan masalah karies di kemudian hari.
TASKA MANJAKU KREATIF