Selamat datang ke Klinik Pergigian Safi Dental. Jom book slot temujanji!
Kami menawarkan perkhidmatan pergigian yang terbaik untuk anda dan keluarga. Jom kami bantu sekiranya anda ada masalah gigi, WhatsApp kami hari ini!
Anda pasti tidak akan terlepas kami! Kami terletak hanya beberapa meter dari Stesen Caltex Wakaf Che Yeh dan restoran KST yang terkenal. Kami berada di Tingkat Bawah untuk memenuhi keperluan pesakit warga emas, dan kami menyediakan banyak ruang parkir agar anda tidak perlu risau untuk mencarinya.
Doktor kami memiliki pengalaman, kelayakan, dan latihan yang diperlukan untuk menyediakan rawatan gigi terbaik untuk anda.
Ruang menunggu yang selesa, suasana yang bersih, serta staf yang ramah menjadikan pengalaman rawatan gigi lebih menyenangkan bagi anda sekeluarga.
Rawatan gigi kami menawarkan harga yang berpatutan dan mampu menyelesaikan masalah gigi anda.
Kami ingin memaklumkan bahawa waktu operasi baru kami adalah dari 9 pagi hingga 10 malam. Jadi, jika anda sibuk bekerja, anda boleh menempah slot anda pada waktu malam. Kami menyesuaikan waktu operasi kami hanya untuk anda agar anda dapat bekerja dan menjaga kesihatan mulut anda.
Jangan biarkan kesibukan kerja menghalang anda dan keluarga tersayang dari mendapatkan penjagaan gigi yang terbaik!
Jaga kesihatan gigi anda bersama Safi Dental!
Kunjungi kami hari ini untuk rawatan pergigian terbaik dan nikmati senyuman sihat dan menawan!